Friday, January 15, 2010

Kembang dapat pujian...

Latest medical check up result on last week-my HB reading semakin turun ke peringkat agak bahaya..so i have to take 6 tablets of Iron on daily basis.. patut ler aku sentiasa rasa mengantuk dan tak bertenaga...Jr dah semakin membesar dalam womb ni..and he is sharing more and more of my food nutrient + blood...therefore, i have to eat more and more :) ...setakat ni aku tak daklah mengidam benda pelik2 sangat cuma now my fav foods are rojak buah and moist chocolate cake. Rojak Buah ni aku just makan buah mangga and jambu jer then terus hirup kuah dia..eerrmm yummy ..(moga Jr tak gelap macam kuah rojak tu). Moist choc cake plak.. i luv the part where the chocolate filling/cream meleleh-leleh sekitar kek tu like iklan Pizza hut yang latest tu.. errmmm... so tempting and delicious and marvelous and.. bla  bala bala..(terus rasa teringin nak makan)..

Semalam aku dapat pujian from hubby.. katanya aku semakin matang berfikir untuk masa depan....maybe dengan bakal kehadiran Jr...before this hubby said he was trying to make me an "adult" (mcmlah aku ni childish sangat.. ha tengok..kan masih sikit2 childish ha ha) for the past 2 1/2 years. Memang banyak kebenaran dan hikmah di sebalik kehadiran seorang bayi di dalam sesebuah keluarga..di bawah ni adalah petikan dari majalah Pa&Ma-karangkraft mengenai mengapa kita melahirkan zuriat:

1.Amanah – anak ialah amanah Allah yang perlu dipelihara dengan sempurna dan dilunaskan segala keperluannya sehingga baligh bagi lelaki dan berkahwin bagi perempuan.
2.Tanggungjawab – anak bertanggungjawab menghormati ibu bapa dan menjaga ibu bapa yang sudah tua. Ini ialah harapan setiap pasangan. Ketika usia meniti senja mereka perlukan belaian dan kasih sayang orang  yang hampir dengan mereka, misalnya anak-anak.
3.Penawar – anak sebagai cara meleraikan kekusutan perhubungan suami isteri yang bermasalah atau mengeratkan perhubungan yang renggang.
4.Keseronokan – kehadiran bayi dalam sebuah rumah tangga ialah sebagai pengerat kasih sayang pasangan.
5.Keturunan – anak bukan sahaja penyambung keturunan, sebaliknya anak ialah pembela nasib ibu bapa. Di samping itu, anak bakal mewarisi harta atau hutang yang kita tinggalkan.
6.Bukti kesuburan suami isteri – kelahiran anak sebagai bukti pasangan mampu melahirkan zuriat iaitu tidak mandul.
7.Penyambung – anak adalah penyambung hasrat ibu bapa yang selama ini tidak mampu dilaksanakan atas sebab-sebab tertentu. Misalnya, ingin menjadikan seorang yang berjaya atau berpelajaran tinggi. Tetapi hasrat itu tidak tercapai kerana pelbagai faktor, misalnya kemiskinan. Dengan lahirnya anak, mereka berhasrat ingin jadikan anak ini sebagai penyambung keinginan mereka. Jadi, mereka berusaha mendidik anak ini agar mampu menyampaikan hasrat mereka selama ini.
8.Pembantu – anak boleh membantu ibu bapa ketika susah misalnya sakit atau membantu tugas ibu bapa mencari nafkah.

Malah bagi aku peranan kehadiran Jr adalah lebih dari sebab2 di atas..... he is going to be my joy, precious pearls, intan payung, berlian and segalanya...Aku tak sabar nak tunggu kelahiran Jr..rasanya dh tak larat nak bawak perut ni :)

Jr,
Hug n kisses from Ummi!
Luv ya...

No comments:

Post a Comment