Monday, February 8, 2010

Minyak Selusuh

Salam....today nak citer pasal minyak selusuh.. he he actually hubby dah remind awal2 suh carik minyak ni untuk memudahkan proses bersalin.. I dont know how come he is more expert than me...ingatkan bangsa asing tak faham kegunaan minyak selusuh ni. I'm sure mummy dia yang sibuk2 pasal ni. 

Anyway, my mum pun mengesyorkan carik minyak ni.. so in the end petang smalam me, mum and Kak Nab (jiran dolu2) pun menerjah ke rumah bidan kampung - Tuk Wa Som dekat area Bukit Pinang, Kepala Batas. Hilang jugak backache stelah di urut Tuk Wa...dah boleh bangun pantas tanpa perlu take time like previous...Memang susah nak carik Tuk Bidan yang pandai bab mengadung dan bersalin ni...sayang sekali Tuk Wa dah terlalu tua, pandangan dah kabur and pendengaran pun makin kurang berfungsi- she said she is now 88 years old. Memang teramat sayang jika bakat dia tak di warisi oleh sesiapa..sbb boleh di katakan dalam masyarakat skarang ni, Tuk Bidan kampung dah semakin pupus di telan arus permodenan. Terima Kasih Tuk Wa.. memang mujarab sangat urutan kat pinggang tu .. now I can really duduk and bangun macam biasa.. tak sakit lagi... dan jugak untuk minyak selusuh tu..

Untuk yang tak tahu apa itu minyak selusuh, di bawah ini adalah Petikan Artikel dari Majalah Pa & Ma Keluaran Mac 2009

Air selusuh digunakan sebagai SUATU IKHTIAR yang berpandukan Al-Quran dan Hadis. Dari segi hukum Islam, air selusuh adalah HARUS. Asalkan tidak bercanggah dgn Islam iaitu bacaan yang mengandungi jampi yang karut.

Di dalam Al-Quran sendiri ada menyatakan : " Kami turunkan sebahagian ayat-ayat Al-Quran adalah untuk digunakan sebagai penawar dan pembawa rahmat kepada orang2 yang beriman."
Walau bagaimanapun, kita tidak boleh menganggap selusuh mempunyai kuasa untuk mempermudah bersalin. Ingatlah bahawa ia hanyalah ikhtiar yang diharapkan dapat membantu proses kelahiran yang lancar dan selamat.

Antara bahan yang boleh digunakan sebagai selusuh ialah air masak, minyak kelapa muda, minyak zaitun, minyak masak, kurma atau kismis.Anda dan suami digalakkan memperbanyakkan membaca doa Nabi Yunus dan doa ketika mengandung serta doa agar dijauhi gangguan syaitan.
 
Aku berharap untuk bersalin secara normal....
 
;) 

No comments:

Post a Comment